Taubat, Amal Soleh, Hubungan Sesama Manusia, Zikir dan Sedekah
Dari Jabir r.a. katanya: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain),
dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati:“
Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)Kalau kita melakukan dosa, istigfarlah.
Ada 3 cara untuk bertaubat iaitu istigfar, menjaga sisa umur dari melakukan dosa, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.
Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin .Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Dan diganti dengan pahala.
“Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani
Dalam satu hadith disebut “jagalah sisa umur kamu dari dosa-dosa sebelumnya, Allah ampuni dosa kamu yang lepas”.
Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah). Dalam hadith ini, penyesalan itu sendiri adalah taubat, tanpa perlu melafazkan istigfar.
segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain),
Lakukanlah amal soleh sementara kita masih mempunyai masa dan kelapangan. Sekurang-kurangnya lakukan amal soleh seperti sembahyang, zikir dan puasa. Amal soleh berperanan menebalkan iman kita.
dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (zikir)
Jagalah hubungan sesama manusia terutamanya hak kejiranan. Kes sosial yang pertama disebut atau dibicarakan di mahkamah Allah pada hari Kiamat ialah berkenaan kejiranan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku mengira bahawa beliau iaitu jiran tersebut yang akan mewarisinya (pusaka).
Berzikir dan mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya. Dalam sebuah hadith, apabila kita menyebut tentang Allah dihadapan orang ramai, Allah akan menyebut kita di hadapan para malaikat.
“Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepda-Ku. Dan Aku bersamanya apabila ia berzikir (mengingat) Aku. Kalau ia berzikir kepada-Ku secara tersembunyi (dalam hatinya saja), Aku pun ingat pula kepadanya seperti itu, kalau ia berzikir (mengingat) Aku dalam majlis, maka Aku pun ingat pula kepadanya dalam majlis yang lebih baik dari itu (iaitu majlis malaikat).” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)
Dalam sebuah hadith qudsi:“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya pada zat-Ku.”(Bukhari)
dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”
Sedekah yang wajib iaitu zakat afdhal dilakukan secara terang-terangan. Sedekah yang sunat pula afdhal dilakukan secara senyap-senyap(sembunyi).Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya” Sedekah juga menyejukkan Alam Barzah yang panas.
Sumber: Kitab Nasbun Nuraini
0 comments:
Post a Comment