Sifat-Sifat Terpuji
i. Bertaubat etriya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana
ingin membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mersit memenuhi syarat-syarat yang berikut
sebagai bukti kesungguhannya iaitu
• Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya
• SunguhSungguh menyesal diatas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.
• Berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi
ii. Khauf ertinya takutkan Allah. Takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan
perkara-perkara yang ditegah.
iii Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung
kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah
dari Allah buat sementara waktu sahaja.
iv Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dari
Allah.
v Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehninya baik yang lahir mahupun yang batin
semuanya dalah dari Allah. Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggugjawab kepada
Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya.
vi Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaat serta semua perbuatan yang dilakukan
itu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
vii Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
viii Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat
kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.
ix Reda dengan Qada & Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasih yang telah
ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah
x Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.
Sifat-Sifat Tercela
i. Syarhul Tha'am ertinya gemar kepada makan ataupun makan dengan terlalu banyak.
ii. Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak memberi hasil atau
mendatangkan sebarang faedah kepada dunia dan juga akhirat.
iii Ghadhob ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku hanya kepada
perkara yang kecil
iv Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan
meleibihi dari dirinya.
v Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
vi. Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakan kepada
kemasyhuran.
vii Hubbun Dunya ertinya cintakan kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari mengerjakan ibadat
dan berzikir kepada Allah.
viii Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan serta kedudukan yang
tinggi dari orang lain.
ix Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak harta sehingga terlupa segalanya adalah nikmat yang
datangnya dari Allah.
x Riya' ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya. Ia beramal untuk mendapatkan pujian dan
sanjungan dari manusia bukan dari Allah.
Rujukan
http://enamanja.tripod.com/a13.htm
0 comments:
Post a Comment