Family Khairul Rashidi: July 2010

Mensyukuri Nikmat Islam Yang Allah Subhanahu Karuniakan

Allah Azza wa Jalla berfirman.
“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” [Al-An’aam: 125]

Empat Perangai Jahiliyyah Yang Masih Menjangkiti Umat Ini

Menjaga Aqidah Ketika Sakit

Setiap orang yang beriman pasti akan diberikan ujian oleh Allah subhanahu wata’ala. Ujian tersebut beragam bentuknya, sesuai kondisi dan kadar keimanan seseorang. Ujian bisa berupa kesenangan dan bisa pula berupa kesusahan. Dan salah satu dari bentuk ujian tersebut adalah tertimpanya seseorang dengan suatu penyakit yang menggerogoti dirinya.

Menjaga Akhlak

Maksud Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”   Riwayat Bukhari dan Muslim

Keindahan Akhlak Islam

Islam adalah al-Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah, syariah dan akhlak. Rasulullah telah menerima daripada Allah satu risalah lengkap tersebut melalui wahyu al-Quran al-Karim yang merupakan sumber rujukan utama Islam .

Dosa Dosa Besar dan Alamat Nifak

عن عبد الله بن مسعود قال : قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الذَّنْبِ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَدْعُوَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ خَشْيَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ بِحَلِيلَةِ جَارِكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ تَصْدِيقَهَا { وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا } الْآيَةَ

Maksud Hadith:
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya, ada seorang bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah”? Rasulullah s.a.w. bersabda, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Dia menciptakan engkau”. Dia bertanya lagi, “Kemudian apa”? baginda menjawab, “Engkau membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu”. Dia bertanya lagi, “Kemudian apa pula”? Baginda menjawab, “Kemudian engkau berzina dengan isteri jiranmu”. Lalu Allah ‘azzawajalla berfirman sebagai membenarkannya [i](Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya)”. [ii]