Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Hati orang tua sentiasa muda dalam dua keadaan. Dalam keadaan kasihkan dunia dan dalam keadaan panjang angan-angan.” (Bukhari dan Muslim)
Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.
Dari Jabir r.a., Nabi s.a.w, bersabda: “Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang angan-angan, kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang angan-angan pula melengahkan amalan akhirat. Dan ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya: Oleh itu kalau kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang-orang yang kasih dan setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi sebarang amal.”(Al-Baihaqi)
Tentang Hawa
Allah cipta manusia dari 1 orang iatu nabi Adam. Adam bermaksud tanah. Kemudian Allah cipta kembarnya Hawa dari tulang rusuk adam sebagai teman dan dikahwinkan sebelum mereka bersama. Hawa bermaksud keinginan. Dari 1 menjadi 2 dan seterusnya tersebarlah zuriat nabi Adam. Nabi Adam hidup 1000 tahun dan mempunyai 40 anak, 20 kembar iaitu 20 kali bersalin.
An-Nisa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Kerana pujukan Siti Hawa yang tertipu dengan Syaitanlah, mereka terkeluar dari Syurga
Tahan hawa nafsu untuk masuk syurga
An-Naziat [40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; [41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
Kata pepatah Melayu ikut hati mati, ikut badan binasa. Ikut nafsu, jawabnya lesu. Tahanlah diri dari nafsu yang buruk untuk mendapat syurga yang diwariskan. Syurga itu milik Allah yang diwariskan:
Maryam [63] Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami.
November 10, 2008 by sulaiman
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/11/10/panjang-angan-angan-dan-hawa-nafsu/
0 comments:
Post a Comment