Family Khairul Rashidi: Konspirasi Menjatuhkan Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Siapa Dalang Besar?

Konspirasi Menjatuhkan Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Siapa Dalang Besar?

Jika nak dibandingkan sikap Sultan Abdul Hamid dengan pemimpin yang ada pada hari ini, tentu jauh berbeda sama sekali, usah dibandingkan dengan Anwar Ibrahim kerana Sultan Abdul Hamid tidak pernah mempercayai orang Yahudi tidak seperti Anwar Ibrahim yang memperakui Wolfowitz sebagai kawannya dan Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine di Jerusalam sebagai teman karibnya.


Sikap Sultan Abdul Hamid ini boleh dilihat apabila Sultan Abdul Hamid dan kerajaan Utmaniyah berada didalam keadaan lemah ekoran kekalahan dalam peperangan, di masa itu Emmanuel Carasso seorang Yahudi warga Itali dan bersekongkol bersama Theodor Herzl mahu mendapatkan izin menempatkan orang Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Kedua mereka ini telah menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci tersebut. Namun Sultan Abdul Hamid menolak tawaran tersebut dengan tegas, termasuk hasrat mereka yang ingin menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan orang Yahudi begitu marah. Dan kesannya, Sultan Abdul Hamid akhirnya kehilangan takhta dan kekuasaan disebabkan orang Yahudi yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan Bani Uthmaniyah yang dipimpinnya.

Pada masa itu antara usaha yang diambil oleh yahudi untuk mecapai hasrat meraka menjatuhkan Sultan Abdul Hamid ialah menggunakan orang kristian dan dan sesetengah golongan munafiq dari kalngan Arab, Turki demi mencapai matlamat mereka. Antara cara paling berkesan ialah menyusup masuk kedalam parti Al-ittihad wa-Taraqi yang dikuasai golongan yang menjadi penentang kepada pemerintahan sultan Abdul Hamid. Dalam organisasi ini mereka banyak melakukan kerja menfitnah dan memburukkkan Sultan Abdul Hamid antara orang berada didalam kelompok ini ialah Kamal Ataturk yang akhirnya menjadi pemerintah Turki moden.




Siapa Sultan Abdul Hamid II

Sultan Abdul Hamid merupakan salah seorang pemerintah dari kerajaan bani Uthmaniyah, beliau dilantik menjadi Khalifah disaat umurnya baru mencecah umur 34 tahun pada tahun 1876, dan merupakan Sultan ke 34 daripada Dinasti Uthmaniyah, Sewaktu beliau mengambil alih pemerintahan, kerajaan bani Uthmaniyah berada dalam keadaan kucar kacir kerana penentangan terhadap pemerintah sebelumnnya. Baginda dikatakan memerintah selama 33 tahun.

Baginda merupakan Sultan pertama yang berusaha memerangi gerakan pembaratan Turki atau westernisasi secara rasmi dalam kerajaan Uthmaniyah.

Sewaktu menjadi pemerintah baginda menunjukkan kasih sayangnya terhadap golongan yang menjauhinya dan telah menjaga hak kaum minoriti didalam kerajaan pemerintahannya sehingga dilantik seorang yang berbangsa Armenia sebagai Timbalan Perdana menteri dalam kerajaannya.

Kehebatannya dalam pemerintahan dibuktikan apabila baginda mampu membina landasan keretapi ke Madinah, membina Kapal Selam untuk memperkukuh armada tentera laut, mengurangkan defisit dalam Negara dari 300 juta lira kepada 30 juta lira, membina dan memodenkan fakulti perubatan di Pusat Pengajian dan memperkenalkan pelbagai teknologi baru, menjadi Khalifah pertama yang mengadakan lawatan ke Perancis, kejayaan yang diraihnya menyebabkan kerajaan Bani Uthmaniyah dicemburui oleh musuh-musuh luar.

Persaingan untuk menguasai kekayaan Kerajaan Uthmaniyah ini ternyata tidak dilakukan oleh negara-negara Eropah sahaja malah ia disertai oleh Amerika apabila negara itu bersubahat menyebarkan fitnah perkauman dan kesukuan sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk memusnahkan kerajaan Uthmaniyah dan menguasai kekayaannya.

Menurut sejarah wilayah kekuasaan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah adalah luas menjalar dari rantau Balkan sehinnga ke pinggir laut merah iaitu Yaman dan ada dikawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan minyak seperti di Iraq.

Fitnah pembunuhan keatas Sultan Abdul Hamid

Dr. Eeman Mohamed Abbas dalam buku bertajuk Sultan Abdul Hamod II dan kejatuhan Khilafah Islamiah, Pustaka Salam, kuala Lumpur, 2002. menjelaskan antara penyebab yang menjadi punca pemberontakan golongan minoriti Armenia sehingga jatuhnya Sultan Abdul Hamid ialah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar barat, Armenia dan Rusia yang telah mengubah pandangan antarabangsa terhadap kerajaan Uthmaniyah dan Sultan Abdul Hamid.

Contohnya Seorang penulis Peranchis yang bernama Biyarkiyar memberikan gelaran Sultan merah (Sultan Al-Ahmar) kepada Sultan Abdul Hamid dengan menuduhnya melakukan pembunuhan kepada orang Armenia. Gelaran ini menyebabkan ia digunakan oleh penulis dan wartawan eropah bahkan yang berbangsa arab juga. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid juga dikatakan terdapat 9 akhbar yang mengunakan bahasa Albania dan setiap akhbar tersebut mempunyai hubungan yang meragukan dengan kerajaan eropah.

Sehingga kini bila disemak kembali sejarah tidak ada bukti kukuh yang mengatakan Sultan Abdul Hamid melakukan pembunuhan, malah pengkaji Sejarah Stanford J.Shaw dan Ezel kural Shaw menolak dakwaan bahawa berjuta orang Armenia mati di tangan Sultan Abdul Hamid dan kedua mereka tersebut menyalahkan golongan al-ittihad wa-al taraqi yang seharusnya bertangungjawab ke atas kematian orang Armenia.

Sebagai makluman golongan al ititihad ini sebenarnya duri dalam daging yang menyebabkan runtuhnya kerajaan uthamaniyah. Golongan ini sebenarnya telah mengadakan perjanjian dengan orang Armenia untuk menentang kerajaan Uthmaniyah.

Sebenarnya orang Armenia walaupun bukan beragama islam tetapi mereka dilayan sama rata oleh pemerintah uthmaniyah semenjak Sultan Muhamad Al–Fatih sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid, malah mereka diberi peluang sebebas-bebasnya untuk mengamalkan anutan dan merebut kekayaan Armenia. Sehinga ramai dikalangan mereka menjadi kaya raya hasil keadilan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Namun selepas itu beberapa pihak eropah seperti Rusia, telah mula mempengaruhi mayarakat Amernia hingga golongan ini tertarik dengan apa yang dijanjikan.

Sehinggalah apabila dirasakan kerajaan Uthmaniyah lemah kerana sewaktu itu kerajaan Utmaniyah telah bertempur dengan Rusia berhampiran Istanbul pada tahun 1876 hingga wujud perjanjian dengan beberapa kuasa eropah, diwaktu ini golongan ini telah menuntut autonomi di Istanbul bagi wilayah Kristian, namun permintaan ini telah ditolak oleh Sultan Abdul Hamid kerana mengancam kedaulatan pemerintahan.
Dikatakan juga yang menjadi penyebab orang Armenia menentang kerajaan Uthmaniyah ialah disebabkan peranan yang dimainkan oleh orang Yahudi yang banyak menghasut orang Armenia menentang dan diberikan bantuan untuk menikam dari belakang pemerintahan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Sebenarnya tindakan orang Armenia ini sedikit sebanyak menyebabkan kuasa Sultan Abdul Hamid semakin lemah,kerana sebelum itu masyarakat Armenia diberikan peluang sebebas-bebasnya untuk menjadi pemimpin, peniaga dan hidup dengan aman dalam kerajaan Sultan Abdul Hamid.

Jika ini yang dilakukan oleh orang Yahudi di terhadap Kerajaan Bani Utmaniyah, saya tidak hairan sekiranya perkara yang sama dilakukan terhadap mana-mana kerajaan yang enggan mengikut telunjuk mereka. Dalam konteks negara kita wujud persoalan adakah tindakan Anwar sama dengan golongan Al-ittihad wa-Taraqi kerana bersekongkol dengan musuh islam demi mencapai agenda politiknya.
Selepas jatuhnya Kerajaan Utmahniyah pimpinan Sultan Abdul Hamid pada 1909 baginda telah dihantar ke Salonika untuk dikurung didalam istana tua Yahudi dan menjadi cercaan masyarakat selepas itu. Sungguh sedih kisah Sultan Abdul Hamid disebabkan keegganannya tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi imejnya yang hebat telah diburukkan sebegitu rupa oleh talibarut Yahudi.

http://pochongmenulis.blogspot.com/2009/03/konspirasi-menjatuhkan-pemerintahan.html

0 comments:

Post a Comment