عن عبد الله بن مسعود قال : قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الذَّنْبِ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَدْعُوَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ خَشْيَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ بِحَلِيلَةِ جَارِكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ تَصْدِيقَهَا { وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا } الْآيَةَ
Maksud Hadith:
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya, ada seorang bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah”? Rasulullah s.a.w. bersabda, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Dia menciptakan engkau”. Dia bertanya lagi, “Kemudian apa”? baginda menjawab, “Engkau membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu”. Dia bertanya lagi, “Kemudian apa pula”? Baginda menjawab, “Kemudian engkau berzina dengan isteri jiranmu”. Lalu Allah ‘azzawajalla berfirman sebagai membenarkannya [i](Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya)”. [ii]