ZIKIR utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.
Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.
-Zikir dengan lisan saja.
-Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
-Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.
Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata :Yang pertama sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai.Firman Allah bermaksud: "Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar". (Surah al-Ahzab, ayat 35)
Rasulullah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan Subahanallahhil azimi Wabihamdih, maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga". (Hadis riwayat Muslim)
Hikmat lain adalah :
• Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
• Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
• Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
• Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
• Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti. Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil.
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."
Sumber: Berita Harian
------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment